Monday, August 24, 2009

Sepak Bola...

Kancah liga perdana inggeris sudah bermula. maplei-maplei atau kdai mamak tidak lagi kesunyian di kala waktu malam2 minggu. Selepas ini tiada lagi 'Jangan Lupa Lirik', tiada lagi 'Majalah 3', tetapi hanyalah espn dan star sports. Demam bola mula melanda kembali ditengah kemelut penularan H1N1 kini. Meja-meja makan akan di buka sehingga ketengah jalan untuk menampung permintaan peminat-peminat bola. perlawanan pada minggu pertama menyaksikan kekalahan Liverpool. Pada Perlawanan kedua Man Utd kecundang kepada pendatang baru iaitu Burnley. Hanya Chelsea dan Arsenal berjaya menunjukkan prestasi konsisten setakat ini. Kemenangan 5-0 ManUtd ke atas Wigan nyata menutup mulut para pengkritik bahawa mereka tidak mampu untuk mengekalkan kejuaraan liga dengan pemergian Ronaldo. Kita tunggu sehingga ke penghujung musim.

Untuk bulan-bulan berikutnya peminat-peminat di malaysia akan berperang mulut menyokong pasukan mereka yang aku sendiri tidak tahu apa hasilnya. Hahaha...aku sendiri terlibat...

Sampai disini sahaja ulasan yang tidak seberapa ini. Harapan aku bahawa Chelsea dapat menunjukkan prestasi yang terbaik musim ini. Apa yang akan aku dapat???
Hahaha...tiada apa yang akan ku dapat, hanyalah keseronokan di dunia yg akan ku kecapi....

Malam ni Liverpool akan menentang Aston Villa. Adakah Liverpool akan tergolek lagi sekali.
kita tunggu keputusannya esok.


p/s :- aku hanya menonton youtube untuk highlite bola kerana tiada maplei di tempat ini...huuu

5 comments:

Cicadasx said...

Tahniah

Shebby panggil ajak jadi co-commentator die.

Gaya penulisan kau, Hasbullah Awang pun bangga.

Sepakan membias satu!

nurin nunu said...

uwaaaaaaaaaaaa!!!
benci.
benci.
benci!!!

~lefty~ said...

Ayap: bukan sepakan membias je...

hantaran panjang pun ade...

meorazor said...

penyuuu!!!

meorazor said...

pollow aku 3peace